Workshop On Document Development Of ISO/IEC 17025:2017 | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Workshop on Document Development of ISO/IEC 17025:2017

Workshop on Document Development of ISO/IEC 17025:2017

 
6 & 7, 13 & 14 Disember 2018 (Khamis & Jumaat), Serdang - Alhamdulillah, selesai Bengkel ‘Document Development of ISO/IEC 17025:2017’ di Bilik Seminar INTROP, Aras Atas, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Bengkel selama empat (4) hari ini telah disampaikan oleh Pn. Anijah Pangat, Konsultan SIRIM STS Sdn. Bhd.
 
Seramai kurang lebih 40 orang peserta dari sebelas PTJ terlibat dalam siri kursus peralihan standard kali ini. Antara PTJ yang terlibat adalah FPV, FS, FK, FSTM, FPSK, FBSB, IBS, INTROP, ITAFoS, ITMA dan IPPH. Bengkel ini secara amnya bertujuan untuk menyeragamkan semua dokumen di makmal-makmal yang telah mendapat status akreditasi dan makmal-makmal yang dalam usaha mendapatkan akreditasi berpandukan kepada peralihan standard baharu ISO/IEC 17025:2017. Usaha penyeragaman ini termasuk menambahbaik sistem manual kualiti makmal (LQMS), menambahbaik dan/atau mewujudkan prosedur-prosedur berkaitan, termasuk borang-borang dan buku log. Walaubagaimanapun, dokumen-dokumen ini masih perlu diharmonikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh diserahkan kepada PTJ-PTJ berkaitan untuk digunakan seterusnya.
 
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua staf makmal yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang empat (4) hari bengkel ini berlangsung dalam memastikan dokumen yang dibangunkan ini dapat menjadi pemudahcara dan digunakan secara bersama seluruh warga Universiti.
 

Date of Input: 19/12/2018 | Updated: 08/05/2022 | naszroul

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEaCAa~