Swaakreditasi: 2 Program Master Fakulti Pengajian Pendidikan Diaudit | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Swaakreditasi: 2 Program Master Fakulti Pengajian Pendidikan Diaudit

Swaakreditasi: 2 Program Master Fakulti Pengajian Pendidikan Diaudit

28 November 2018, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menguruskan Audit Pengekalan Swaakreditasi bagi dua (2 program) di Fakulti Pendidikan iaitu Master Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dan Master Pendidikan (Sains Sukan). Audit ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang dan melibatkan seramai empat (4) orang panel penilai dalaman universiti. Mereka terdiri dari Prof. Madya Dr. Natrah Fatin Mohd. Ikhsan [Fakulti Pertanian (FP)] selaku Pengerusi Panel Penilai dan dibantu oleh Ahli Panel Penilai iaitu Prof. Madya Dr. Lim Choon Bee dan Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali [Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)] dan Dr. Norizah Kamarudin [Fakulti Perhutanan (FH)]. Pelaksanaan audit melibatkan penilaian ke atas dokumen program dengan merujuk kepada sembilan (9) bidang penilaian dalam standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dan Standard Program Pendidikan. Kedua-dua program ini telah mendapat Akreditasi Penuh pada 12 Disember 2013.

 

Date of Input: 28/11/2018 | Updated: 28/11/2018 | naszroul

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFYRAp~