Penyertaan CQA Dalam Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Penyertaan CQA dalam Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka

Penyertaan CQA dalam Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka

21 Ogos 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuat penghantaran seorang wakil CQA bagi tujuan penyertaan ke Pertandingan Sayembara

Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ, Program Semarak Merdeka 2025 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM. Puan Nurainakmal

Kamal Bahrin, Pegawai Tadbir/Ketua Seksyen Dokumentasi, Jaminan Kualiti Perkhidmatan, CQA UPM telah menyampaikan sebuah puisi berbentuk sajak yang bertajuk “Tanah Airku

Sejahtera”. Puisi berkenaan merupakan hasil nukilan bersama oleh Pusat Jaminan Kualiti. Pada majlis yang telah diadakan secara penuh gilang gemilang ini, Wakil CQA, UPM telah

berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri Kategori Busana Terbaik dalam pertandingan tersebut. Bagi tujuan variasi, persembahan pentas juga telah dibantu beberapa orang

staf CQA iaitu Puan Puteri Nurasikin Nasarudin, Puan Norliyani Anor, Puan Anis Syahirah Abdullah, Encik Izzul Muzakkir Aris, Encik Muhamad Amirul Ashraf Zulkifli dan Cik Najidah Salim.

Persediaan bagi penyertaan ini juga adalah hasil kerjasama semua staf CQA dalam memberikan sokongan berbentuk pasukan penyokong yang berperanan dalam membantu penyediaan

peralatan dan latihan persembahan. Inisiatif penyertaan ini telah memberikan impak positif dalam menyerlahkan visibiliti CQA dari aspek budaya kerja berpasukan serta penghayatan inovasi

dan kreativiti dalam tugasan.

 

         
     
   

 

Berita disumbangkan oleh : Siti Fatimah Hasim | Seksyen Pembudayaan Kualiti | Pusat Jaminan Kualiti

Date of Input: 22/10/2025 | Updated: 06/11/2025 | aidawati

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (05:09:08am-05:14:08am, 07 Nov 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]