Lawatan Penanda Aras USM Kubang Kerian Ke CQA | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Lawatan Penanda Aras USM Kubang Kerian ke CQA

Lawatan Penanda Aras USM Kubang Kerian ke CQA

 
4 Disember 2018, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 10.00 pagi tadi, bertempat di Bilik Seri Putra 5, Aras 2, Bangunan Pejabat TNCPI pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menerima pelawat dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan. Delegasi seramai 8 orang itu telah disambut dan seterusnya diberikan taklimat ringkas dan padat oleh Prof. Madya Dr. Noor Azman Ali, Timbalan Pengarah CQA, Puan Noorizai Mohamad Noor, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, UPM dan Cik Norzaina Darus, Ketua Bahagian Perhubungan Korporat, Pejabat Strategik Korporat & Komunikasi, UPM. Rombongan tersebut yang terdiri daripada kalangan pegawai akademik dan pegawai-pegawai hadir untuk melihat Pengurusan Risiko dan Pengurusan Sistem Aduan Pelanggan bagi MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan oleh pihak UPM. Pertemuan singkat tersebut yang lebih berkisar kepada perkongsian informasi antara dua (2) entiti Universiti Awam (UA) ini dilihat berjaya di samping terdapat sesi soal jawab sepanjang program yang digunakan secara baik oleh kedua-dua pihak.  Semoga lawatan seumpama ini dapat dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengembangkan ilmu dan kaedah yang digunapakai.
 

Date of Input: 05/12/2018 | Updated: 05/12/2018 | naszroul

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETIA1~