CQA Invited To “Strategising For Self-Accreditation Compliance Audit :UPM Experience” | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » CQA invited to “Strategising for Self-Accreditation Compliance Audit :UPM Experience”

CQA invited to “Strategising for Self-Accreditation Compliance Audit :UPM Experience”

 
 
 
 
 
 

 

13 April 2023, Cyberjaya – Pusat Jaminan Kualiti Universi, Putra Malaysia (UPM) telah menerima jemputan ke sesi perkongsian bertajuk “Strategising For Self- Accreditation Compliance Audit : The UPM Experience” daripada Universiti Multimedia (MMU) bertempat di MMU Cinema, Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Sesi ini disampaikan oleh Profesor Dr. Amin Ismail,Pengarah CQA dan Profesor Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Timbalan Pengarah CQA pada 13 April 2023. Sesi tersebut telah dihadiri seramai 60 staf MMU terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Pendaftar, Pengarah Unit, Dekan, Timbalan Dekan, IQA MMU, Pengurus fakulti dan staf sokongan.

Objektif sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk memberikan gambaran kepada Universiti Multimedia berkaitan persediaan, pelaksanaan dan perjalanan Audit Pematuhan Swaakreditasi di UPM oleh Agensi Kelayakan Malaysia yang telah diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2022.Melalui Audit Pematuhan Swaakreditasi tersebut, UPM telah berjaya mengekalkan status swaakreditasi sejak ianya mula dianugerahkan kepada UPM pada 29 April 2010.

Sesi ini memfokuskan kepada empat (4) perkara iaitu:

  1. Latar belakang dan objektif Audit Pematuhan Swaakreditasi;
  2. Tujuan, skop dan strategi tindakan UPM;
  3. Persiapan dan tips menghadapi audit; dan
  4. Bidang penilaian audit.

 

Sesi perkongsian ini diakhiri dengan sesi soal jawab bersama staf MMU yang hadir.

Date of Input: 03/05/2023 | Updated: 03/05/2023 | aidawati

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1508
03-9769 1489
BWFdOAV:14:32