Bengkel Interaksi 1 Bersama Panel Penilai Baharu Audit Program telah diadakan sebanyak 4 sesi bermula pada 24 Mac 2022, 28 Mac 2022, 5 April 2022 dan 15 April 2022 bertempat di Putra Learning Space, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM. Manakala pada sesi terakhir, bengkel diadakan secara atas talian melalui platform Zoom.
Objektif bengkel diadakan adalah untuk memberikan latihan kepada panel penilai audit program yang baharu sebagai persediaan sebelum melaksanakan tugasan penilaian ke atas program pengajian. Setiap sesi telah disertai seramai 12 orang (sesi 1), 13 orang (sesi 2), 11 orang (sesi 3) dan 10 orang (sesi 4).
Date of Input: 31/07/2022 | Updated: 31/07/2022 | aidawati
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor