| ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN | |||
| FINALIS HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM 2024 | |||
| 22. | Tajuk Projek | MAGIC WALL | |
| PTJ | Makmal Perkembangan Kanak-Kanak, Fakulti Ekologi Manusia | ||
| Nama Kumpulan | MeGAH MPK | ||
|
Sinopsis Projek |
Inovasi projek ‘Magic Wall’ ini merupakan projek menaik taraf dan mengecat semula dinding di laluan RAMP, tangga 2 dan tangga 4 dengan menggunakan cat magnetik. |
||
|
Impak Pelaksanaan |
i. | Memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk bersemangat membuat aktiviti dengan cemerlang apabila melihat hasil kerja dipamerkan pada dinding Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK). |
|
| ii. | Menceriakan laluan ramp dan tangga. | ||
| iii. | Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menerokai pembelajaran secara interaktif dengan sumber yang telah disediakan. | ||
| iv. | Memberi pengalaman pembelajaran yang kreatif dan bermakna kepada kanak-kanak. | ||
| v. | Menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan-rakan dari kelas yang berlainan. | ||
| 23.
|
Tajuk Projek | “SMART LIFTER BOX” | |
| PTJ | Bahagian Hal Ehwal Pelajar | ||
| Nama Kumpulan | Smart BHEP | ||
|
Sinopsis Projek |
“Smart Lifter Box” merupakan sebuah peralatan khas yang dicipta bagi mencapai salah satu matlamat di dalam sesebuah majlis atau program. Berkonsep teknologi yang menggunakan sistem pneumatik, elektronik, |
||
|
Impak Pelaksanaan |
i. | Meningkatkan kualiti dan mutu keunggulan pelancaran majlis dan program yang dilaksanakan. | |
| ii. | Penambahan impak imej korporat yang lebih berdaya cipta dan berinovasi. | ||
| iii. | Komponen penjimatan bagi sesebuah majlis berjaya dihasilkan. | ||
| 24. | Tajuk Projek | Recycle Multiple Usage Pedestal (Re-MUP) | |
| PTJ | Bahagian Kaunseling UPM | ||
| Nama Kumpulan | EKSA-COMP | ||
|
Sinopsis Projek |
Ruang bekerja perlu berada dalam keadaan bersih dan teratur, sepertimana panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Inovasi Re-MUP adalah gabungan idea kelestarian hijau dan panduan EKSA untuk mengitar semula peralatan pedestral lama ( laci meja) kepadaproduk 3 dalam 1. |
||
|
Impak Pelaksanaan |
i. | Membantu mengurangkan pembaziran ruang dengan mengotimumkan ruang kepada pelbagai kefungsian. | |
| ii. | Menerapkan prinsip EKSA dan keselamatan di tempat kerja (OSH). | ||
| iii. | Memberi ‘nafas baru’ kepada peralatan yang sudah tidak digunakan kepada sesuatu yang praktikal, sesuai dengan matlamat SDG dan kampus hijau UPM. Inovasi ini juga Ini selari dengan sasaran UN SDG 12.5 iaitu menjelang 2030: mengurangkan penjanaan sisa dengan ketara melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula. |
||
Date of Input: 10/12/2025 | Updated: 12/12/2025 | aidawati

(Office of Vice Chancellor)
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor