20 September 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 9.30 Pagi tadi, bertempat di Dewan Senat, Aras 1, Bangunan Canselori, UPM berlangsungnya Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 oleh SIRIM. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Profesor Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Pasukan Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 daripada SIRIM kali ini melibatkan 5 orang juruaudit yang diketuai oleh Hajah Hanida Ghazali. Sebanyak 26 Pusat Tanggungjawab akan diaudit pada siri audit kali ini. Semoga Audit Pemantauan pada kali ini berjalan dengan lancar.
Date of Input: 27/09/2019 | Updated: 27/09/2019 | normuliana
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor