![]() |
|||
17 Oktober 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) buat julung kalinya telah mengadakan program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik (JJKA) sebagai menghayati dan menterjemah True North UPM yang ditekankan dalam perutusan Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Ir. Ahmad Farhan Mohd Sadullah agar warga UPM memberikan perkhidmatan melangkaui jangkaan. Justeru, bermula tahun 2025, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) telah terpilih sebagai lokasi persinggahan kedua program JJKA sebagai salah satu cara program ‘outreach’ CQA ke fakulti/sekolah yang telah diadakan pada 17 Oktober 2025 bertempat di Bilik Sidang dan Q-Hub, FPP. |
|||
![]() |
|||
Program jerayawara di Fakulti Pengajian Pendidikan telah disertai seramai 6 orang delegasi CQA yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, K.B, P.A. (Pengarah CQA), Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, CQA), Cik Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Audit Institusi), Puan Shaerin Azlin Ab Rahman (Ketua Seksyen Audit Program) dan Puan Rahmawati Umar (Ketua Seksyen Data Program) dan Cik Nor Syazila Abdul Rahim dari Seksyen Audit Institusi. Antara objektif JJKA diadakan adalah:
|
|||
![]() |
|||
Program JJKA dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dekan FPP, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar dan disusuli dengan Sesi Pembukaan jerayawara yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, K.B, P.A. (Pengarah CQA) dan telah dihadiri seramai 20 orang peserta terdiri daripada Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Pentadbir Akademik. Sejurus selepas taklimat Sesi Pembukaan, sesi bergambar dan pemberian cenderamata telah diadakan di Bilik Q-Hub. Manakala bermula jam 10.45 pagi, Sesi Bersama Pemilik Program telah diadakan di lokasi yang sama melibatkan seramai 26 ahli daripada enam buah jabatan untuk mengemukakan pertanyaan lanjut berkaitan status program yang telah melebihi tempoh pengekalan akreditasi dan mendapatkan pencerahan dalam memastikan program mematuhi keperluan standard yang ditetapkan. Program yang bermula jam 9 pagi telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari. |
|||
|
|||
![]() |
|||
|
|||
|
Date of Input: 19/10/2025 | Updated: 19/10/2025 | aidawati
(Office of Vice Chancellor)
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor