8 Ogos 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 2.30 Petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM telah bersidang satu Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK/QMS) Kali ke Sembilan Tahun 2019, Universiti Putra Malaysia. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Naib Canselor, UPM iaitu YBhg. Profesor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dan seramai 102 orang ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK/QMS) berlaku sekali setiap tahun dimana mesyuarat tersebut adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan standard Sistem Pengurusan Kualiti. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli mesyuarat yang dapat hadir semasa mesyuarat tersebut.
Date of Input: 25/09/2019 | Updated: 25/09/2019 | normuliana
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor