Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kali Ke-8 Dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) Kali Ke-6 Tahun 2019 | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kali ke-8 dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) kali ke-6 Tahun 2019

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kali ke-8 dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) kali ke-6 Tahun 2019

11 September 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 2.30 Petang, bertempat di Dewan Senat, Aras 1, Bangunan Canselori, UPM telah bersidang satu Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kali ke Lapan dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) Kali Ke Enam Tahun 2019, Universiti Putra Malaysia.  Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Naib Canselor, UPM iaitu YBhg. Profesor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dan seramai 85 orang ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) berlaku sekali setiap tahun dimana mesyuarat tersebut adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan standard Sistem Pengurusan Kualiti. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli mesyuarat yang dapat hadir semasa mesyuarat tersebut.

 

 

Date of Input: 25/09/2019 | Updated: 25/09/2019 | normuliana

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFYSAH~