Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 November 2015 dengan pelantikan Prof. Dr. M. Iqbal Saripan sebagai Pengarah yang pertama. Berdasarkan minit mesyuarat JPU 542.03, pusat ini dipertanggungjawabkan sebagai satu pusat sehenti untuk aktiviti kualiti dan akreditasi di UPM. Pada ketika ini, persijilian kualiti dan akreditasi di UPM melibatkan:
1. Persijilan Kualiti
a. ISO QMS
b. ISO/IEC ISMS
c. ISO EMS
d. 5S/KIK/Anugerah
2. Persijilan Akreditasi
a. Akreditasi swa (dalaman dan luaran)
b. Akreditasi makmal
Tambahan daripada minit yang berkenaan, berdasarkan kepada surat pelantikan pengarah yang telah diterima, pusat ini juga diletakkan di bawah kelolaan terus Prof. Datin Paduka Naib Canselor UPM untuk memenuhi keperluan IQA akademik MQA (bagi tujuan swa).
Sebelum penubuhan CQA ini, aktiviti kualiti UPM dikendalikan oleh beberapa Pusat Tanggungjawab/Bahagian iaitu Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi, Bahagian Urus Tadbir Akademik dan Sekolah Pengajian Siswazah bagi hal ehwal kualiti akademik dan Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar bagi hal ehwal kualiti perkhidmatan.
Penubuhan CQA dilihat signifikan dalam usaha menilai semula Sistem Jaminan Kualiti (QA Systems) agar lebih terancang dan berkesan.
FUNGSI
CQA bertanggungjawab:
- Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan serta keberkesanan pelaksanaan International Organization for Standardization (ISO) iaitu QMS MS ISO 9001, ISMS ISO/IEC 27001 dan EMS ISO 14001;
- Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan serta keberkesanan pelaksanaan Swaakareditasi (Self-Accreditation);
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan serta keberkesanan pelaksanaan akreditasi makmal; dan
- Berperanan sebagai penghubung dengan pihak luar dalam mengendalikan agenda jaminan kualiti.
Kemaskini:: 17/05/2018 [naszroul]
PERKONGSIAN MEDIA