Putra AQ Pertandingkan Sistem Putra AQAS Untuk Anugerah Inovasi Perkhidmatan Sempena HKIP UPM Tahun 2022 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Putra AQ Pertandingkan Sistem Putra AQAS untuk Anugerah Inovasi Perkhidmatan Sempena HKIP UPM Tahun 2022

Putra AQ Pertandingkan Sistem Putra AQAS untuk Anugerah Inovasi Perkhidmatan Sempena HKIP UPM Tahun 2022

12 Oktober 2022, Serdang –  Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menghantar penyertaan untuk  Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Kategori Perkhidmatan) Sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP)

UPM Tahun 2022 dengan mempertandingkan sistem Putra AQAS (Academic Quality Assurance System) yang dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Pertandingan ini telah disertai

oleh staf di bawah Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi, CQA yang terdiri daripada Cik Aidawati Ramali selaku Ketua Kumpulan, Puan Nurhanisah Sadun,Puan Azarizam Ali, Puan Norliyani Anor dan 

Puan Anis Syahirah Abdullah. Manakala keahlian dari kalangan staf iDEC terdiri daripada Ts. Encik Ahmad Faisal Abdul Ghaffar dan Encik Mohammad Faiz Esa. Gabungan dua PTJ ini dikenali sebagai kumpulan Putra AQ.

 

Putra Academic Quality Assurance System (Putra AQAS) ini dibangunkan untuk tujuan pemantauan proses pelaksanaan akreditasi program dan semakan semula kurikulum program serta bertindak sebagai pangkalan

data maklumat program di UPM. Sebagai universiti yang diberi pengiktirafan Swaakreditasi, keperluan satu sistem yang komprehensif sangat signifikan dalam memastikan kelancaran proses serta pemantauan

pelaksanaan akreditasi serta ketepatan data maklumat program. Sistem ini melibatkan dua (2) modul utama iaitu akreditasi dan semakan semula kurikulum program yang melibatkan tiga (3) fasa pembangunan sistem. 

Pemakaian sistem ini telah mula digunakan pada Jun 2022 untuk modul akreditasi di peringkat CQA. 

 

Impak ke atas pelaksanaan inovasi ini adalah dalam aspek berikut:

 (1) Peningkatan kualiti : Ketepatan dan kebolehpercayaan data yang dirujuk serta pemantauan pelaporan yang lebih tepat dan sistematik

 (2) Penjimatan sumber manusia : Pengurangan daripada empat (4) orang kepada dua (2) orang pekerja sahaja untuk urusan penilaian program dengan bantuan Sistem Putra AQAS;

 (3) Penjimatan masa : Menjimatkan masa Urus Setia CQA bagi mengurus dan melengkapkan proses penilaian utk satu program pengajian yang akan menjalani penilaian sama ada Audit Sementara, Audit Penuh atau

      Audit Pengekalan daripada 12 hari bekerja kepada 5 hari bekerja sahaja iaitu penjimatan sebanyak 58.00%

 (4) Penjimatan kos : Menjimatkan kos operasi / belanja mengurus sehingga RM13,800.00 yang sebelum ini digunapakan untuk membayar upah Pekerja Sambilan Harian (MySTEP) dengan kadar upah RM2300.00 sebulan .

 

Putra AQ telah membentangkan inovasi tersebut untuk penilaian panel juri pada  12 Oktober 2022 di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang lalu.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 07/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdAAc~