Majlis Apresiasi Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM 2022 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Majlis Apresiasi Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM 2022

Majlis Apresiasi Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM 2022

22 Julai 2022, Serdang – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah pun melalui Audit Pematuhan Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 21 hingga 23 Jun 2022. Sebagaimana keperluan MQA, untuk tujuan pengekalan swaakreditasi pada tahun ini, UPM telah menyediakan dokumen Self-Review Portfolio (SRP 2020).  Sebagai tanda menghargai sumbangan, kerjasama dan komitmen kepada individu yang telah terlibat dalam  penghasilan buku SRP2020, Pusat Jaminan Kualiti (CQA),UPM telah menganjurkan Majlis Apresiasi Audit Pematuhan Swaakreditasi UPM 2022 bertempat di L’Apprenti, UPM.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Prof. Dato' Dr. Md Nasir Shamsudin selaku Pembaca Pruf Buku SRP2020. Disamping itu, seramai 11 orang ahli Jawatankuasa Penulis SRP2020 yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan selaku Pengerusi Jawatankuasa merangkap Felo Adjung CQA turut memeriahkan majlis. CQA turut menjemput Felo Bersekutu CQA yang tidak terlibat dalam penyediaan dokumen Self-Review Portfolio (SRP 2020) dan telah hadir seramai 5 orang.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah CQA, Prof. Dr. Amin Ismail yang mana beliau mengucapkan jutaan terima kasih serta mengharapkan sinergi dari semua pihak yang terlibat akan mendorong kepada kejayaan UPM dalam mengekalkan status swaakreditasinya buat kali kedua.

 

   

 

 

 

 

 

 

 

   

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdWAz~