Lawatan Penanda Aras Oleh Pusat Pengurusan Kualiti Universiti, UMK | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras oleh Pusat Pengurusan Kualiti Universiti, UMK

Lawatan Penanda Aras oleh Pusat Pengurusan Kualiti Universiti, UMK

 

6 Julai 2022, Serdang -Pusat Jaminan Kualiti (CQA),UPM telah menerima kunjungan delegasi dari Pusat Pengurusan Kualiti Universiti, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang melaksanakan penanda aras dengan CQA,UPM pada 6 Julai 2022 dengan disertai seramai  4 orang yang terdiri daripada Ts. Dr. Hasnita Che Harun (Pengarah), Dr. Noorul Azwin Md Nasir (Timbalan Pengarah), Dr. Nik Nur Azwanida Zakaria (Ketua Bahagian, Sistem Pengurusan Kualiti) dan Dr. Nor Diyana Mustapa (Ketua Bahagian, Jaminan Kualiti Akademik).

Lawatan diadakan bertujuan untuk mendapatkan input mengenai pelaksanaan jaminan kualiti akademik dan sistem pengurusan kualiti di CQA (UPM) agar dapat diadaptasikan di Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (UMK) sekaligus dapat menyokong agenda penambahbaikan kualiti secara berterusan. 

Delegasi tersebut telah disantuni pihak CQA iaitu Prof. Dr. Amin Ismail (Pengarah), Prof. Dr. Noor Azman Ali (Timbalan Pengarah), Pn. Haslida Hassan (Ketua, Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan) dan Pn. Nurhanisah Sadun (Ketua, Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi).

 

Tarikh Input: 07/07/2022 | Kemaskini: 08/07/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdQA1~