Lawatan Penanda Aras EKSA Ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM

Lawatan Penanda Aras EKSA ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM

28 November 2023, Serdang – Pusat Islam Universiti (PIU) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM pada 28 November 2023 (Selasa) mulai jam 9.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas bagaimana CQA melaksanakan EKSA di UPM dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di CQA. Delegasi daripada PIU diketuai oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zuhaimi bin Abd Rahim dan ahli seramai 10 orang manakala FPV diketuai oleh Encik Iskandar bin Afifi yang mewakili penyelaras EKSA FPV serta lima belas (15) orang ahli.

 

Program lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Haslida Hassan selaku Pengerusi EKSA CQA dan seterusnya taklimat ringkas serta perkongsian pengalaman EKSA di CQA yang disampaikan oleh Puan Azarizam Ali, Penyelaras EKSA CQA. Usai taklimat, rombongan dibawa melawat sekitar ruang dan zon yang terdapat di CQA serta diberikan pendedahan tentang amalan EKSA yang telah dilaksanakan selama ini.

 

Selesai lawatan, rombongan diminta supaya memberikan cadangan dan maklum balas berdasarkan pemerhatian mereka untuk menambah baik pelaksanaan EKSA di CQA. Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada PIU dan FPV untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA bagi tahun 2024.

 
       
    
       
 

Tarikh Input: 31/12/2023 | Kemaskini: 22/02/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEdPAv~