Kursus Siri 2 : AUDIT DALAMAN MS ISO/IEC 17025:2017 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Kursus Siri 2 : AUDIT DALAMAN MS ISO/IEC 17025:2017

Kursus Siri 2 : AUDIT DALAMAN MS ISO/IEC 17025:2017

 

8 Ogos 2022, Serdang -  Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menganjurkan Kursus Siri 2 :  MS ISO/IEC 17025:2017 Internal Auditing di Bilik Jemaah, Fakulti 

Perubatan Veterinar, UPM dengan menjemput Pn. Anijah Pangat (Principal Trainer SIRIM STS Sdn. Bhd.) sebagai penceramah kursus. Kursus yang dijalankan

selama dua hari bermula pada 8 hingga 9 Ogos 2022 telah dihadiri seramai 20 orang dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Fakulti Bioteknologi dan Sains

Biomolekul (FBSB), Institut Penyelidik Produk Halal (IPPH), Institut Biosains (IBS),Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) dan Institut Perhutanan Tropika

dan Produk Hutan (INTROP).

 

Objektif kursus adalah untuk memberikan kefahaman berkenaan prinsip dan konsep audit dalaman dan bagaimana merancang serta melaksanakan audit

dalaman.Selain itu, peserta kursus juga dilatih dengan teknik menulis laporan audit dan melaksanakan tindakan pembetulan serta tindakan susulan. Melalui

pelaksanaan kursus ini, diharapkan personnel laboratori lebih bersedia untuk menjalani audit dalaman mahupun audit yang dilaksanakan oleh Jabatan Standard

Malaysia (JSM).Selain itu, kursus ini juga diharap dapat memantapkan kemahiran juruaudit UPM sedia ada disamping memberikan pendedahan kepada personnel

yang berpotensi untuk dilantik sebagai juruaaudit dalaman kelak.

 

 

   

 

 

 

Tarikh Input: 01/06/2022 | Kemaskini: 29/08/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
BVJaRAW:17:34