|
19 Mei 2026, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi dari Jabatan Pengurusan Kualiti dan Strategik Majlis Bandaraya Seremban pada 19 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Jaminan Kualiti, UPM. Delegasi lawatan ini diketuai oleh Puan Nabilah Abu Talib, Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Kualiti dan Strategik MBS Bersama tiga orang staf iaitu Puan Nur Liyana Rosli, Puan Nur Husna Samsuddin dan Cik Suaidah Sahira Saharudin. Manakala pihak CQA diketuai oleh Puan Rozi Tamin, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan CQA, bersama-sama Ketua-ketua Seksyen, Jaminan Kualiti Perkhidmatan iaitu Puan Nurainakmal Kamal Bahrin, Ketua Seksyen Dokumentasi dan Puan Zenaida Md Zenon, Ketua Seksyen Audit Kualiti. Lawatan penanda arasan ini diadakan bagi menambabaik pelaksanaan pengurusan dokumentasi MS ISO 9001:2015 di Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Fokus utama lawatan adalah untuk mempelajari serta mendapatkan pendedahan lanjut berkenaan pelaksanaan sistem e-ISO yang diguna pakai di UPM. Taklimat lawatan merangkumi berkenaan latar belakang CQA, fungsi CQA, fungsi jaminan kualiti perkhidmatan, kronologi pensijilan dan pengekalan ISO di UPM, struktur kualiti perkhidmatan UPM, dasar dan skop pensijilan dan seterusnya perincian berkenaan pengurusan dokumentasi ISO di UPM. Pihak CQA memberikan penerangan yang jelas berkenaan hierarki dokumen ISO UPM, pembahagian dokumen ISO di UPM iaitu terdapat lima kategori dokumen yang terlibat; Pengurusan, Pra Universiti, Perkhidmatan Utama, Sokongan dan Operasi Perkhidmatan Sokongan. Selain itu, turut dikongsikan bagaimana pengurusan dan ketetapan penyediaan dokumentasi ISO yang melibatkan Penyelaras Kawalan Dokumen (PKD) UPM, dan Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen Peneraju Proses (TPKD PP). Tambahan lagi, pihak MBS diterangkan berkenaan kawalan dokumen ISO dan statistik semasa dokumen ISO di UPM. Sehubungan itu juga, pihak CQA turut memperjelaskan berkenaan sistem pengurusan ISO UPM yang menggunakan Sistem eISO di mana diurus tadbir oleh Seksyen Dokumentasi, CQA, UPM dan dibantu oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM. Melalui taklimat, perkongsian sistem dan sesi perbincangan, pihak MBS telah memberikan respon yang positif ke atas urus tadbir yang teratur, komprehensif dan mesra pengguna dalam pengurusan dokumentasi ISO di UPM. |
![]() |
||
| Berita disediakan oleh | :Nurainakmal Kamal Bahrin | Seksyen Dokumentasi | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 09/06/2026 | Kemaskini: 02/08/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor