Pembelajaran Fleksibel Kunci Pendidikan Masa Depan | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Pembelajaran Fleksibel Kunci Pendidikan Masa Depan

Pembelajaran Fleksibel Kunci Pendidikan Masa Depan

Mohamed Khaled (duduk, tengah) bergambar bersama peserta MQAIC 2023 di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Pendekatan ‘satu saiz untuk semua’ dalam pendidikan tinggi sudah tidak relevan dalam memenuhi keperluan pelajar pada masa kini dan masa depan. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, paradigma baharu memberi tumpuan kepada keboleh suaian, keterangkuman dan penjajaran dengan teknologi semasa dalam dunia digital.

 

Menurutnya, pendekatan baharu itu menggalakkan pembelajaran disiplin, memupuk kreativiti dan penyelesaian masalah serta pembelajaran sepanjang hayat (PSH) untuk menyesuaikan diri dengan pasaran pekerjaan yang berkembang.“Tiga anjakan paradigma diperlukan untuk menyediakan sektor pendidikan tinggi untuk masa depan yang relevan, berdaya saing dan bermakna iaitu laluan pembelajaran fleksibel, pendigitalan pendidikan tinggi serta pengajian tinggi berasaskan nilai,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Agensi Kelayakan Malaysia 2023 (MQAIC 2023), di sini hari ini.

 

Persidangan dua hari anjuran MQA dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dihadiri 300 peserta terdiri daripada pakar jaminan kualiti, pembuat dasar, ahli akademik, pegawai bahagian jaminan kualiti institusi pendidikan tinggi (IPT) dan pemain industri dari pelbagai negara.Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif.

 

Pada persidangan sama, MQA turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Independent Agency for Accreditation and Rating (IAAR) Kazakhstan dan Higher Education Evaluation & Accreditation Council of Taiwan (HEEACT) untuk kerjasama dalam bidang jaminan kualiti.Mohamed Khaled berkata, PSH menjadi antara agenda utama di Malaysia dengan pelbagai dasar dan inisiatif, termasuk platform pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL), Pengakreditan Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) dan penawaran kursus micro-credentials.

 

Beliau berkata, inisiatif PSH bertujuan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi melalui kaedah dan penyampaian yang fleksibel sambil mengekalkan kualiti dan standard.“Bagi pendigitalan pendidikan tinggi, kita harus menerima kepentingan pendigitalan yang memberi kesan mendalam kepada pelbagai aspek dalam kehidupan seharian.“Inovasi digital memerlukan pendekatan pembelajaran digital holistik dan ia menggalakkan kerjasama global dalam kalangan pelajar, institusi, perkongsian penyelidikan antara universiti dengan industri dan pengiktirafan bersama antara bidang kuasa,” ujarnya.

 

Mohamed Khaled menambah, tumpuan pendidikan tinggi juga perlu berubah daripada fokus kepada kecekapan intelek semata-mata kepada pendekatan yang lebih dipacu nilai.Katanya, paradigma pendidikan masa depan harus mengutamakan nilai teras yang membentuk individu yang beretika dan berdaya tahan moral, menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan mampan.“Malaysia komited untuk memupuk ekosistem pendidikan yang mantap dari segi akademik dan bertanggungjawab dari segi sosial dan alam sekitar.“Transformasi pendidikan tinggi yang berkesan pada abad ke-21 banyak bergantung kepada komitmen kolektif IPT, kerajaan, ahli akademik, pemain industri dan semua pihak berkepentingan,” katanya.

 

Sumber dipetik dari 

Tarikh Input: 08/11/2023 | Kemaskini: 11/11/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFDEAF~