Inflasi: Pastikan Pengeluaran Barangan Tempatan Mampu Penuhi Permintaan | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan

 

Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Noor Azman Ali berkata, perkara itu

perlu dilakukan bagi menjayakan kempen beli barangan tempatan yang mampu mengatasi masalah inflasi negara.

 

"Pada saya, kerajaan sepatutnya bukan sahaja menggalakkan pengguna menggunakan barang tempatan, tetapi kerajaan

juga perlu memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan. "Secara mudahnya, barang asas

seperti beras, adakah beras keluaran tempatan mampu memenuhi permintaan? Tidak cukup. Kerana ia lebih kurang 60

peratus sahaja. Sepatutnya kena 100 peratus keluaran tempatan".

 

"Kalau nak pengguna guna beras tempatan, maka perlu tambah lagi 40 peratus produktiviti, baru kempen guna barang

tempatan akan berjaya," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Mampukah Malaysia Atasi Inflasi?'

yang berlangsung pada 17 Mei 2022.Selain isu pengeluaran beras tempatan, Noor Azman berkata, tanaman kelapa juga

sepatutnya tiada masalah pengeluaran dalam negara.

 

"Negara kita sepatutnya tidak ada masalah untuk menanam buah kelapa ini. Namun, kita mengimport buah kelapa.

Sehinggalah kita dapat pastikan cukupnya buah kelapa tempatan, baru kita boleh menggesa, meminta dan memastikan

pengguna kita menggunakan barangan tempatan," katanya.

 

Bagaimanapun, menurut Noor Azman, polisi kepenggunaan melalui kempen menggunakan barangan tempatan sememangnya

diakui sebagai antara tiga langkah umum dalam membendung inflasi, selain polisi kewangan dan polisi fiskal.

 

"Polisi kewangan, secara tidak langsung, mengurangkan perbelanjaan pengguna melalui perbankan.Dengan kenaikan Kadar

Dasar Semalaman (OPR), simpanan meningkat, jadi pengguna ada dua pilihan, sama ada berbelanja atau melabur. Kenaikan

OPR dapat mengurangkan dan mengawal pengguna berbelanja," tambahnya.

 

Sumber dipetik dari

 

 

 

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEUVAh~