Buku QA ODL UPM - 5: Sistem Pengurusan Pembelajaran ODL | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku QA ODL UPM - 5: Sistem Pengurusan Pembelajaran ODL

Buku QA ODL UPM - 5: Sistem Pengurusan Pembelajaran ODL

 
 

Bahagian ini menerangkan tentang keperluan penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) dalam program ODL sebagaimana ketetapan standard COPPA:ODL (2019).

 

5.1               Penggunaan LMS

 

  1. LMS mesti digunakan sebagai platform rasmi pembelajaran. Pelajar mesti diberikan taklimat tentang maklumat berkaitan kursus dan pembelajaran secara ODL. Segala maklumat mestilah boleh diperolehi di dalam LMS.

 

    2. Kandungan kursus dengan ciri SIM perlu direka bentuk secara dalam talian dan mudah Pelbagai item

       pembelajaran yang menyokong pembelajaran kendiri perlu disediakan dengan menggunakan LMS.

 

    3. LMS perlu membolehkan pelajar:

  • mencapai setiap kursus yang didaftarkan di SMP;
  • mendapatkan maklumat dan bahan PdP, aktiviti dan pentaksiran;
  • menghantar tugasan dan melengkapkan aktiviti PdP dalam talian;
  • berkomunikasi dengan pensyarah dan pelajar lain; serta
  • menyemak status lengkap bagi item pembelajaran yang telah disediakan bagi memastikan pelajar tidak tercicir kandungan/ aktiviti dalam sesuatu kursus.

     

     4. Pemantauan pelaksanaan pembelajaran pelajar merupakan aspek penting dalam menilai tahap

         pemahaman pelajar sepanjang sesi pembelajaran. LMS perlu membolehkan pensyarah memantau 

         penglibatan pelajar seperti menyemak status penghantaran tugasan dan status pautan yang

         disediakan telah dilawati oleh pelajar. Pensyarah perlu menggunakan fungsian pemantauan dalam LMS:

        i. fungsian jejak aktiviti pembelajaran pelajar (tracking completion) perlu diaktifkan bagi membimbing 

           pelajar melengkapkan aktiviti pembelajaran yang disediakan serta membolehkan pensyarah memantau

           penglibatan pelajar;

       ii. fungsian pelaporan (report) boleh digunakan oleh pensyarah bagi menyemak penglibatan pelajar

          secara lebih terperinci; dan

      iii. pelbagai fungsi di dalam platform LMS boleh digunakan bagi memantau penglibatan dan pencapaian 

          pelajar sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1 berikut:

 

Jadual 5.1 Fungsi LMS Sebagai Sokongan Pembelajaran ODL

Bil. Aktiviti Pembelajaran Dalam LMS Fungsi dalam LMS
1. Pendaftaran Course enrolment
2. Penghantaran tugasan, semakan secara dalam talian dan papar markah Assignment (for submission and marking using notification function); Grade; Gradebook
3. Penyediaan soalan kuiz, penyediaan bank soalan, semakan secara automatik atau manual dan papar markah Quiz; Question Bank; Grade; Gradebook
4. Pengukuran pencapaian hasil pembelajaran Activity Completion; Log Report; Grade; Restrict Access; Badge; Certificate
5. Pemantauan penglibatan dalam kursus Activity Completion; Report; Learner-At- Risk Prediction; Badge; Forum Notification and Subscription
6. Sokongan dan maklum balas kemajuan Messaging; Forum
7. Pelaporan tamat kursus Course Completion; Certificate
8. Survei kepuasan pelajar Feedback
9. Bukti pencapaian pelajar Dashboard; Badge; Certificate; Log Report; Backpack; Portfolio

 

   5. LMS perlu:

 

      i. dikemas kini berdasarkan keperluan PdP semasa;

     ii.disediakan bantuan teknikal untuk isu/aduan umum (contohnya soalan lazim);

    iii.diselenggara secara berkala; serta

    iv.dipastikan salinan kandungan LMS dikawal selia dan diarkibkan.

Tarikh Input: 26/09/2023 | Kemaskini: 04/10/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFDAAr~