Apabila kita sudah lama menceburi dunia kerja, mudah sekali untuk membuat andaian silap bahawa kita sudah ‘sampai’ dan mempunyai semua kecekapan untuk berjaya. Kita akan cenderung mengerah segala tenaga untuk menyiapkan sesuatu kerja, dengan andaian semua yang lain akan terurus sendiri. Kesalahan besar.
Kajian oleh Carol Dweck dan rakan-rakan sekerjanya di Stanford membawa cerita sebenar. Mereka membuat kajian dengan kumpulan-kumpulan yang tercabar dalam prestasi kerja. Satu kumpulan diajar cara untuk melakukan tugasan mereka dengan lebih baik. Satu lagi kumpulan diberitahu bahawa mereka tidak tersangkut dan menambah baik prestasi mereka adalah suatu pilihan.
Mereka mendapati bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan fisiologikal dalam otak, seperti mana senaman membuat perubahan pada otot-otot. Cuma yang perlu mereka lakukan ialah percaya pada diri dan lakukannya.
Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 03/06/2021 | normuliana
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor