Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan limpah dan izinNya Laman Web@CQA dapat dibangunkan dengan matlamat sebagai salah satu pusat informasi dan rujukan mengenai pengurusan dan pelaksanaan aktiviti jaminan kualiti kepada warga UPM amnya.
CQA ditubuhkan secara rasmi pada 1 November 2015. Pusat ini dipertanggungjawabkan sebagai sebuah pusat sehenti untuk aktiviti jaminan kualiti dan akreditasi di UPM selain memenuhi keperluan akademik yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). UPM telah mendapat status Swaakreditasi pada 2010, oleh itu CQA telah diberi tanggungjawab oleh UPM untuk mengakrediatasi program pengajian akademik berpandukan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan standard yang dikeluarkan oleh MQA, dan juga dasar/polisi/peraturan/pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia. CQA juga berperanan sebagai penghubung dengan pihak luar dalam mengendalikan agenda jaminan kualiti.
Selari dalam menyokong visi dan misi UPM dalam mempertingkat pengurusan kualiti perkhidmatan dan juga kualiti akademik dan akreditasi, CQA bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan serta keberkesanan pelaksanaan ISO (QMS MS ISO 9001; ISMS ISO/IEC 27001; EMS ISO 14001). Selain daripada itu, CQA juga merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan serta keberkesanan pelaksanaan berkaitan akreditasi i makmal.
Akhir kata, saya berharap semua warga UPM akan mendapat manfaat dari laman web ini dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disalurkan.
Sekian.
Profesor Dr. Amin Ismail
Pengarah
Pusat Jaminan Kualiti (CQA)
Universiti Putra Malaysia
Updated:: 30/09/2019
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor