Taklimat Jaminan Kualiti Akademik 2025 | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Taklimat Jaminan Kualiti Akademik 2025

Taklimat Jaminan Kualiti Akademik 2025

       
13 Mac 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Taklimat Jaminan Kualiti Akademik 2025 kepada semua Timbalan Dekan Akademik dan Timbalan Dekan Siswazah dari Fakulti/Sekolah pada 13 Mac 2025 bertempat di Mini Auditorium, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia. Taklimat yang diadakan secara hibrid tersebut telah dihadiri seramai 22 orang manakala secara atas talian adalah khusus untuk UPM Kampus Bintulu.
       
       
Taklimat ini merupakan kali kedua diadakan oleh CQA yang telah disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abdul Talib, Pengarah CQA serta turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik), Puan Rahmawati Umar (Ketua Seksyen Audit Program), Puan Shaerin Azlin Ab Rahman (Ketua Seksyen Audit Institusi) dan Cik Hajah Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Data Program).
       
       

Objektif taklimat ini diadakan adalah bertujuan memperkukuh pemahaman tentang keperluan terkini jaminan kualiti akademik, mempertingkat tanggungjawab pengurusan kualiti akademik di peringkat fakulti/sekolah dan turut menjadi medan perbincangan bersama fakulti/sekolah berkaitan isu/cabaran jaminan kualiti akademik di fakulti/sekolah agar dapat diperhalusi dan diteliti secara bersama.


Sesi taklimat ini amat signifikan bagi memastikan pematuhan berterusan pengurusan jaminan kualiti akademik kepada standard terkini MQA melalui penerangan berkaitan pekeliling dan surat makluman yang dikeluarkan oleh MQA mengikut tahun semasa.

Date of Input: 30/04/2025 | Updated: 06/05/2025 | aidawati

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/4:19:00:15~noCache