![]() |
|||
|
|||
20 Februari 2025, Serdang – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM (PKKSSAAS) telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan (SEBUDI) 3.0 pada 19 dan 20 Februari 2025 (Rabu dan Khamis) bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM. Program ini adalah berbentuk pertandingan yang terbuka kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM. Program ini merupakan satu inisiatf penganjuran oleh PKKSSAAS terhadap pemerkasaan pengetahun dan meningkatkan kefahaman serta memberikan pendedahan bersandarkan pendekata budaya nilai tinggi yang ditunjangi tiga (3) elemen utama iaitu tatasusila, tatacara dan tahap intelektualan serta amalan nilai-nilai murni menerusi SEBUDI kepada warga UPM. Sehubungan itu, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menghantar penyertaan yang diwakili oleh Puan Nurainakmal Binti Kamal Bahrin, Puan Shaerin Azlin Binti Ab Rahman dan Puan Anis Syahirah Binti Abdullah. Pusat Jaminan Kualiti telah berjaya ke peringkat Suku Akhir bagi SEBUDI 3.0.
SEBUDI 3.0 ini dinilai oleh tujuh (7) panel penilai yang dilantik oleh PKKSSAAS mengikut kepada skop iaitu, Slot Ada & Budaya, Slot Selera Warisan, Slot Semarak Seni Persembahan, Slot Jalinan Seni, Slot Jejak Warisan dan Slot NGO/Agensi Kebudayaan. Pertandingan ini mempunyai empat (4) peringkat pertandingan iaitu peringkat saringan, suku akhir, separuh akhir dan peringkat akhir. Pertandingan ini menyediakan hadiah utama yang bernilai:
Johan – RM1,000, Piala & Sijil Naib Johan – RM700, Piala & Sijil Tempat Ketiga – RM500, Piala & Sijil Tempat ke-4 – RM400, Piala & Sijil Tempat ke-5 – RM300, Piala & Sijil Tempat ke-6 – RM200, Piala & Sijil
Selain itu, terdapat juga anugerah khas iaitu Anugerah PTJ Terbaik Kahoot!, Anugerah PTJ Terbaik Ujian Aneka Pilihan (Saringan), Anugerah PTJ Terbaik Peringkat Saringan, Anugerah Individu Terbaik Ujian Soalan Objektif, Anugerah PTJ Terbaik Keseluruhan (Suku Akhir), Anugerah PTJ Terbaik Keseluruhan (Separuh Akhir) dan Anugerah Busana Terbaik. Tahniah diucapkan kepada pemenang kuiz SEBUDI 3.0 iaitu Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPUTRA). |
|||
![]() |
|||
![]() |
Date of Input: 30/04/2025 | Updated: 06/05/2025 | aidawati
(Office of Vice Chancellor)
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor