28 Februari 2025, Serdang - Kelab Kebajikan dan Sosial (KKS), Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2022/2024 pada 10 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat CQA. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Penaung KKS iaitu Prof. Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib (Pengarah CQA) dan ahli KKS yang merupakan staf CQA. Sebelum mesyuarat bermula, hadirin telah dipertontonkan dengan video pengenalan Ahli Jawatankuasa KKS Sesi 2022/2024. Semasa mesyuarat, laporan aktiviti KKS dan laporan kewangan KKS bagi tahun 2022 hingga 2024 telah dibentangkan dan disusuli dengan pembubaran barisan AJK KKS Sesi 2022/2024 bagi memberi laluan kepada pemilihan AJK KKS Sesi 2025/2027. Sejurus mesyuarat ditangguhkan, video rangkuman aktiviti anjuran KKS sepanjang tahun 2022 hingga 2024 dimainkan untuk tontonan ahli. |
||
Presiden | : | Pn. Nurainakmal Kamal Bahrin |
Setiausaha | : | Pn. Puteri Nurasikin Nasarudin |
Bendahari | : | En. Izzul Muzakkir Aris |
Pen. Bendahari | : | Pn. Shaerin Azlin Ab Rahman |
Biro Kebajikan | : | Cik Nor Syazila Abdul Rahim |
Juruaudit | : | Pn. Zenaida Md Zenon |
Di akhir mesyuarat Presiden KKS Sesi 2022/2024, Cik Aidawati Ramali mengucapkan tahniah kepada AJK KKS yang baharu dilantik dan turut merakamkan ucapan penghargaan kepada barisan AJK KKS Sesi 2022/2024 atas kejayaan melaksanakan agenda KKS sepanjang tahun 2022 hingga 2024. Presiden juga mengucapkan terima kasih atas penglibatan dan kerjasama padu di kalangan ahli KKS dalam program-program yang telah dianjurkan KKS.Sebagai tanda penghargaan, semua ahli KKS mendapat hadiah untuk sesi cabutan bertuah yang telah disampaikan oleh Penaung KKS di hujung acara. | ||
Date of Input: 01/03/2025 | Updated: 03/03/2025 | aidawati
(Office of Vice Chancellor)
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor