![]() |
||
27 Januari 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualti (CQA) di bawah Seksyen Audit Program yang diketuai oleh Puan Rahmawati Umar telah mengadakan Bengkel Penulisan Laporan Penilaian Kendiri Program Edisi 2025 kepada Program Rintis bertempat di Dewan OSH, Universiti Putra Malaysia. Program yang dijalankan selama separuh sehari ini bertujuan untuk membantu program menulis dan menyediakan PSRR masing-masing dengan bantuan Felo Bersekutu secara terus disamping untuk mendapatkan maklum balas daripada program rintis tentang Panduan Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Program Edisi 2025. Tiga program rintis yang ditawarkan UPM Serdang telah menghadiri bengkel ini adalah program Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian yang ditawarkan di Fakulti Pertanian, program Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian ditawarkan di Fakulti Sains dan program Master Keusawahawanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Selain itu, terdapat juga wakil beberapa program lain di Fakulti Sains yang tidak tersenarai sebagai program rintis turut sama-sama hadir untuk belajar cara penulisan PSRR yang betul. Bengkel ini telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Prof. Madya Dr. Syamilah Zakari, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik sebelum bengkel diteruskan oleh Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa selaku Pengerusi Task Force PSRR 2.0. Antara Ahli Task Fork yang hadir bagi membantu program menulis PSRR masing-masing ialah Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Prof. Madya Dr. Fazirulhisyam Hashim dan Prof. Madya Dr. Adibah Che Ishak. Akhir sekali, setiap wakil program diminta untuk menyiapkan penulisan dan menghantar PSRR yang lengkap kepada urusetia pada 17 Februari 2025 untuk semakan Felo Bersekutu. |
||
![]() |
||
![]() |
Date of Input: 28/02/2025 | Updated: 28/02/2025 | aidawati
(Office of Vice Chancellor)
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor