Lawatan Penandaarasan Ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM Oleh Universiti Kuala Lumpur Dan Universiti Tunku Abdul Rahman | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Lawatan Penandaarasan ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM oleh Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Tunku Abdul Rahman

Lawatan Penandaarasan ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM oleh Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Tunku Abdul Rahman

23 Jun 2025 dan 7 Julai 2025, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM telah menerima dua (2) lawatan penandaarasan yang berfokuskan kepada perkongsian amalan tadbir urus terbaik dalam pengurusan kualiti akademik dan kualiti perkhidmatan di UPM. Lawatan berkenaan adalah daripada institusi pendidikan tinggi swasta seperti berikut:

BIL.

INSTITUSI PELAWAT

TARIKH

1.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

23 Jun 2025

2.

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

7 Julai 2025

Sesi lawatan daripada pihak UniKL Sesi lawatan daripada pihak UTAR

Menerusi dua (2) sesi lawatan penandaarasan ini, para pelawat diraikan dengan sesi perkongsian yang masing-masing telah diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib (Pengarah, CQA), Prof. Madya Dr.Noor Syamilah Zakaria (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, CQA) dan Puan Hjh. Haslida Hassan (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, CQA). Sesi pembentangan berkenaan peranan dan tanggungjawab setiap seksyen di CQA, UPM juga telah disampaikan oleh semua Ketua Seksyen seperti berikut:

 

JAMINAN KUALITI AKADEMIK

Bil.

Nama Ketua Seksyen

Seksyen

1.

Hjh. Cik Aidawati Ramali

Seksyen Audit Institusi

2.

Pn. Shaerin Azlin Ab Rahman

Seksyen Audit Program

3.

Pn. Rahmawati Umar

Seksyen Data Program

 

JAMINAN KUALITI PERKHIDMATAN

Bil.

Nama Pegawai

Seksyen

1.

Pn. Zenaida Md. Zenon

Seksyen Audit Kualiti

2.

Pn. Nurainakmal Kamal Bahrin

Seksyen Dokumentasi

3.

Pn. Siti Fatimah Hasim

Seksyen Pembudayaan Kualiti

 

Menerusi sesi perkongsian dua hala ini, impak positif yang terhasil adalah pembentukan jaringan strategik antara institusi awam dan institusi swasta dalam memacu keterjaminan kualiti akademik dan perkhidmatan sokongan pendidikan yang setara.

     

Date of Input: 25/09/2025 | Updated: 29/09/2025 | aidawati

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (10:55:09am-11:00:09am, 02 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]