25 Jun 2025, Putrajaya- - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menyertai program Bengkel Implementing MQF 2024: Research-based Programme anjuran Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQUA) dengan kerjasama Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti Universiti Malaysia Terengganu pada 25 Jun 2025 di the Zenith Hotel, Putrajaya. Program tersebut telah disertai oleh Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain (Timbalan Dekan Akademik, Kurikulum dan Data), Sekolah Pengajian Siswazah dan Dr. Zufarnzaana Zulkeflee (Felo Bersekutu Jaminan Kualiti Akademik). Bengkel ini merupakan satu program latihan sehari yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penekanan baru yang diperkenalkan dalam MQF 2024. Tumpuan diberikan kepada pengintegrasian National Education Philosophy (NEP), kluster Hasil Pembelajaran MQF dan Kompetensi Kelestarian (Sustainability Competency) dalam pembangunan atau semakan hasil pembelajaran program. Selain itu, bengkel ini turut membimbing peserta dalam pelaksanaan Global Sustainability Agenda dalam penilaian program berasaskan penyelidikan. Semasa bengkel ini, peserta diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sesi praktikal yang merangkumi aktiviti pemetaan hasil pembelajaran MQF, hasil pembelajaran berdasarkan Standard Master dan Kedoktoran (SMDD) dan Sustainability Competency kepada kriteria penilaian program berasaskan penyelidikan dan pembangunan rubrik yang bersesuaian. Program ini memberi manfaat besar dalam memperkukuh pemahaman dan aplikasi prinsip MQF 2024, terutama dalam konteks penilaian dan pembangunan program pendidikan yang lebih berdaya saing dan mampan. |
||
Bengkel dihadiri oleh lebih kurang 150 orang peserta mewakili 20 buah Universiti Awam di Malaysia |
||
Pasukan dari UPM diwakili oleh Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain (SGS), Prof. Madya Dr. Rahmat Dapari (Cade-LEAD) dan Dr. Zufarzaana Zulkeflee (FHAS, Felo Bersekutu CQA) bersama penceramah Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib. |
||
Date of Input: 25/08/2025 | Updated: 25/08/2025 | aidawati
(Office of Vice Chancellor)
Level 4 The Office of The Deputy Vice Chancellor
(Research & Innovation) Building
Off Highway Sillicon
43400 UPM Serdang
Selangor