Swaakreditasi: 2 Program Master Fakulti Kejuruteraan Diaudit | CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
» NEWS » Swaakreditasi: 2 Program Master Fakulti Kejuruteraan Diaudit

Swaakreditasi: 2 Program Master Fakulti Kejuruteraan Diaudit

23 Nov 2018, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menguruskan Audit Pengekalan Swaakreditasi bagi dua (2) buah program di Fakulti Kejuruteraan iaitu Master Kejuruteraan Air dan Master Penderiaan Jauh dan GIS. Audit ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang dan melibatkan seramai empat (4) orang panel penilai dalaman universiti. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hidayah Ariffin [Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB)] selaku Pengerusi Panel Penilai dan dibantu oleh Ahli Panel Penilai iaitu Prof. Madya Dr. Fatimah Khalid [Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)], Dr. Rafidah Hod [Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)] dan Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah {Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP)]. Pelaksanaan audit melibatkan penilaian ke atas dokumen program dengan merujuk kepada sembilan (9) bidang penilaian dalam standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dan Standard Program Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan. Kedua-dua program ini telah mendapat Akreditasi Penuh pada 12 Disember 2013.

Date of Input: 23/11/2018 | Updated: 28/11/2018 | naszroul

MEDIA SHARING

CENTRE FOR QUALITY ASSURANCE (CQA)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFUBAj~