Lawatan Penanda Aras Pusat Kualiti Dan Pengurusan Risiko Universiti Teknologi Malaysia Ke Pusat Jaminan Kualiti | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko Universiti Teknologi Malaysia ke Pusat Jaminan Kualiti

Lawatan Penanda Aras Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko Universiti Teknologi Malaysia ke Pusat Jaminan Kualiti

 

19 Mac 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 2.30 petang tadi, bertempat di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat TNCPI pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menerima pelawat dari Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QriM), Universiti Teknologi Malaysia kampus Johor Baharu dan Kuala Lumpur.  Delegasi seramai 19 orang itu telah disambut dan diberikan taklimat dan sesi perkongsian oleh Profesor Dr. Amin Ismail, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti.  Sesi perkongsian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi, Ketua-Ketua Seksyen dan felo bersekutu Pusat Jaminan Kualiti.  Rombongan tersebut terdiri daripada kalangan pengurusan dan sokongan pusat tersebut yang diketuai oleh Profesor Dr. Yahaya Md Sam, Pengarah Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QriM), UTM. 

Objektif lawatan tersebut adalah untuk menandaaras amalan terbaik jaminan kualiti dan pengurusan risiko, menandaaras proses,  sistem serta dokumentasi berkaitan kualiti dan pengurusan risiko.  Disamping membina jaringan kerjasama dengan universiti yang berstatus Swaakreditasi.  Pertemuan singkat tersebut juga berkisar kepada perkongsian informasi antara dua (2) entiti Universiti Awam (UA) ini dilihat berjaya di samping terdapat sesi soal jawab sepanjang program yang digunakan secara baik oleh kedua-dua pihak.  Semoga lawatan seumpama ini dapat dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengembangkan ilmu dan kaedah yang digunapakai.

 

 

 

Tarikh Input: 24/04/2019 | Kemaskini: 28/05/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEXPAa~