Sistem Kawalan Dalaman, Sokongan Pengurusan Dan Keberkesanan Audit Dalaman Sektor Awam Di Malaysia | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Sistem Kawalan Dalaman, Sokongan Pengurusan dan Keberkesanan Audit Dalaman Sektor Awam Di Malaysia

Sistem Kawalan Dalaman, Sokongan Pengurusan dan Keberkesanan Audit Dalaman Sektor Awam Di Malaysia

 Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara keberkesanan sistem kawalan dalaman (SKD) dan sokongan pengurusan dengan keberkesanan audit dalaman. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan mengkaji kesan sokongan pengurusan terhadap hubungan antara keberkesanan SKD dan keberkesanan audit dalaman. Data untuk kajian diperoleh menerusi soal selidik yang dihantar secara pos dan e-mel kepada ketua audit dalaman sektor awam di Malaysia. Sebanyak 247 soal selidik telah dihantar kepada organisasi sektor awam yang mempunyai audit dalaman. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 111 soal selidik telah diisi dan dikembalikan. Hal ini menjadikan kadar respon adalah sebanyak 44.9%. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan SKD dan sokongan pengurusan telah memberi kesan yang positif dan signifikan kepada keberkesanan audit dalaman. Di samping itu, sokongan pengurusan turut menyumbang dalam memberi kesan moderator terhadap hubungan antara keberkesanan SKD dan keberkesanan audit dalaman. Ini menunjukkan bahawa SKD dalam organisasi dan sokongan pengurusan di sektor awam Malaysia memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan audit dalaman. Kajian ini memberi sumbangan dari segi kebergunaan teori kontingensi bukan sahaja kepada peningkatan prestasi organisasi, malah kepada salah satu unit penting dalam organisasi iaitu audit dalaman. Selain itu, kajian ini turut menyumbang kepada pembangunan model yang menunjukkan interaksi sokongan pengurusan ke atas hubungan antara keberkesanan SKD dan keberkesanan audit dalaman. Hasil kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan dalam tadbir urus sektor awam di Malaysia

 

Oleh :

 NADIAH HASSAN, MOHD MOHID RAHMAT & ZAKIAH MUHAMMADDUN MOHAMED

 Asian Journal of Accounting and Governance 6: 1–12 (2015)

 ISSN 2180-3838

 

 

Tarikh Input: 26/09/2019 | Kemaskini: 03/06/2021 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdNA4~