Staf CQA Hadiri Kursus Google Space Anjuran Kelab Kebajikan & Sosial CQA | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Staf CQA Hadiri Kursus Google Space Anjuran Kelab Kebajikan & Sosial CQA

Staf CQA Hadiri Kursus Google Space Anjuran Kelab Kebajikan & Sosial CQA

   
 

24 Februari 2023, Serdang- Kelab Kebajikan dan Sosial, Pusat Jaminan Kualiti (KKS CQA) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menganjurkan kursus dalaman kepada staf CQA tentang penggunaan aplikasi Google Space yang telah diadakan pada 24 Februari 2023 dengan menjemput dua (2) orang tenaga pengajar dari Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Latihan telah diberikan oleh Ts. Saiful Ramadzan Hairani (Pegawai Teknologi Maklumat) dan En. Mohd Faiz Mazlan (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) kepada 13 orang staf yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat CQA. Sejurus kursus tamat, Cik Aidawati Ramali selaku Presiden Kelab Kebajikan dan Sosial, Pusat Jaminan Kualiti (KKS CQA) telah menyampaikan cenderamata kepada tenaga pengajar sebagai tanda penghargaan.

Melalui siri latihan ini, diharap dapat memberi pendedahan kepada staf bagaimana aplikasi Google Space berfungsi membantu tugasan staf dalam pengurusan dan pemantauan aktiviti seperti pengagihan tugasan, mengemaskini status tindakan, memberikan maklumbalas yang mana Google Space ini memperbagaikan ruang komunikasi dalam organisasi. Selain itu, penggunaan Google Space juga dilihat dapat mempertingkatkan penguasaan dan kompetensi staf dalam menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang terkini agar tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan. Selain itu, kursus dalaman ini diadakan bagi membantu staf untuk mendapatkan mata CPD latihan.

Tarikh Input: 13/03/2023 | Kemaskini: 22/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEUOA5~