Sesi Sepak Mula (Kick Off) Tahun 2023 Bersama Felo Bersekutu Pusat Jaminan Kualiti | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Sesi Sepak Mula (Kick Off) Tahun 2023 Bersama Felo Bersekutu Pusat Jaminan Kualiti

Sesi Sepak Mula (Kick Off) Tahun 2023 Bersama Felo Bersekutu Pusat Jaminan Kualiti

 

       

 

 

       

 

   

 

2 Februari 2023, Serdang -     Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi (BPKAA) telah mengadakan Sesi Sepak Mula (Kick Off) 2023 Bersama Felo Bersekutu Pusat Jaminan Kualiti (CQA) bertempat di Bilik Mesyuarat L’ Apprenti. Sesi tersebut telah dihadiri oleh Prof. Dr. Amin Ismail (Pengarah CQA), Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria (Timbalan Pengarah CQA), Pn. Nurhanisah Saadun (Ketua Bahagian BPKAA) dan Pn. Azarizam Ali  (Ketua Seksyen Swaakreditasi & Badan Profesional, CQA). Manakala antara Felo Bersekutu yang hadir adalah Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa (Fakulti Sains), Prof. Madya Dr. Juwaidah Shahrifuddin (Fakulti Pertanian), Prof. Madya Dr. Farah Nora Aznieta Abd Aziz (Fakulti Kejuruteraan), Prof. Madya Dr. Izhal Abd Halin (Fakulti Kejuruteraan), Prof. Madya Dr. Fazirulhisyam Hashim (Fakulti Kejuruteraan), Prof. Madya Dr. Zulfitri Azuan Mat Daud (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Prof. Madya Dr. Hassan Hj. Alli (Fakulti Rekabentuk dan Senibina), Prof. Madya Dr. Yusmadi Yah Jusoh (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), Prof. Madya Dr. Haslinda Hashim (Sekolah Perniagaan dan Ekonomi), Prof. Madya Dr. Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains), Prof. Madya Dr. John Keen Anak Chubo (Fakulti Sains dan Perhutanan), Dr. Rojanah Kahar (Fakulti Ekologi Manusia), Dr. Farina Mustaffa Kamal (Fakulti Perubatan Veterinar), Dr. Azzreena Mohd Azzeme (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul) dan Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar).

Sepanjang sesi tersebut, taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria (Timbalan Pengarah CQA) yang telah membincangkan tentang topik pemerkasaan kepakaran FB CQA, fokus aktiviti kualiti akademik untuk tahun 2023 dan strategi tindakan pada 2023. Sebagai penutup program, semua peserta dijemput untuk makan tengahari di Restoran L’ Apprenti.

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEUGAd~