Sesi Penerangan Program DQ Champ | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Sesi Penerangan Program DQ Champ

Sesi Penerangan Program DQ Champ

 

13 Januari 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 4.00 Petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti, Aras 4, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM berlangsungnya sesi penerangan kepada Ibu, Bapa dan Pelajar bagi program DQ Champ Tahun 2019 .  Sesi taklimat telah diberikan oleh Puan Noorizai Mohamad Noor, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan,Pusat Jaminan Kualiti, UPM. 

Program Dq Champ ini adalah salah satu usaha Pusat Jaminan Kualiti bagi membantu pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September 2019 yang bakal tiba.  Semasa sesi penerangan tersebut, Ibu Bapa dan pelajar dimaklumkan tentatif program tersebut yang akan berlangsung selama 8 bulan.  Semoga program DQ Champ ini berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat.

 

 

 

Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdAAt~