Sesi Penerangan Berkaitan Laporan Penilaian Kendiri Program (Programme Self-Revire Report (PSRR)) Oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Sesi Penerangan berkaitan Laporan Penilaian Kendiri Program (Programme Self-Revire Report (PSRR)) oleh Malaysian Qualification Agency (MQA)

Sesi Penerangan berkaitan Laporan Penilaian Kendiri Program (Programme Self-Revire Report (PSRR)) oleh Malaysian Qualification Agency (MQA)

26 September 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 8.30 Pagi, bertempat di Putra Learning Space, Aras 2, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidkan dan Inovasi), UPM telah berlangsung sesi Penerangan berkaitan Laporan Penilaian Kendiri Program (Programme Self-Revire Report (PSRR)) oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).  Sesi penerangan tersebut turut dihadiri oleh Profesor Dr. Amin Ismail, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik,  Felo Bersekutu Pusat Jaminan Kualiti (CQA, Profesor Madya Dr. Abd Rahim Talib, Fakulti Kejurteraan dan Dr. Shamarina Shihaimi, Pusat Asasi Sains Pertanian dan Tuan Haji Rosdi, Ketua Pentadbiran Pejabat TNCAA,).          Sesi penerangan telah disampaikan oleh Dr Hazman Shah Abdullah dari Malaysian Qualification Agency (MQA) sebagai Felo Pakar bagi memberi penerangan yang berkaitan.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada jemputan yang hadir dan berkerjasama dalam memastikan sesi penerangan tersebut berjalan lancar.

 

 

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 27/09/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdTAc~