Majlis Pelancaran Alaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Majlis Pelancaran Alaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Majlis Pelancaran Alaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

4 April 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 9.00 Pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti, Aras 4, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM telah berlangsung satu Majlis Pelancaran Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi Pusat Jaminan Kualiti (CQA).  Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Amin Ismail selaku Pengarah, Pusat Jaminan Kualit, UPM.

Pusat Jaminan Kualiti telah beralih dari Amalan 5S kepada Amalan Ekosistem Kondusit Sektor Awam (EKSA) bermula Mac 2019. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.  Selain itu, turut dilancarkan Buku Panduan EKSA Pusat Jaminan Kualiti (CQA)  sebagai panduan kepada warga CQA dan juga UPM yang ingin melihat bagaimana pelaksanaan EKSA di CQA dijalankan.  Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga CQA yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut.

   

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 27/09/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETBAk~