Lawatan Penanda Aras Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi, Universiti Malaya Ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, Universiti Malaya Ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM

Lawatan Penanda Aras Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, Universiti Malaya Ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM

24 April 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 9.00 pagi tadi, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti, Aras 4, Bangunan Pejabat TNCPI pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menerima pelawat dari Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.  Delegasi seramai 2 orang telah hadir pada hari kejadian.  Sesi taklimat tersebut diberikan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Jaminan Kualiti, UPM dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, UPM. Rombongan tersebut terdiri daripada kalangan Pegawai Teknologi Maklumat pusat tersebut yang diketuai oleh Puan Arda Rabeeta Abd Rahim Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Governan, Keselamatan dan pentadbiran, Pusat Teknologi Maklumat, UM. 

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengatahui struktur governan ISMS ISO /IEC 27001:2013  di UPM sebagai persediaan Pusat Teknologi Maklumat, UM yang kini dalam perancangan untuk memperluaskan skop ISMS sedia ada.  Pertemuan singkat tersebut juga berkisar kepada perkongsian informasi antara dua (2) entiti Universiti Awam (UA) ini dilihat berjaya di samping terdapat sesi soal jawab sepanjang program yang digunakan secara baik oleh kedua-dua pihak.  Semoga lawatan seumpama ini dapat dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengembangkan ilmu dan kaedah yang digunapakai.

Tarikh Input: 25/09/2019 | Kemaskini: 25/09/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEUSAT~