Lawatan Penanda Aras EKSA Oleh Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Serta Pusat Pertanian Putra | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar serta Pusat Pertanian Putra

Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar serta Pusat Pertanian Putra

2 September 2022, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti telah menerima kunjungan pelawat daripada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar serta Pusat Pertanian Putra bagi melihat pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

yang diamalkan di Pusat Jaminan Kualiti. Seramai 18 orang staf daripada kedua-dua PTJ hadir semasa sesi lawatan ini. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan

Kualiti serta Penyelaras EKSA Pusat Jaminan Kualiti sebelum sesi lawatan ruang kerja diadakan. Lawatan ini merupakan satu sesi perkongsian antara PTJ bagi tujuan menambahbaik pelaksanaan EKSA sedia ada.

 

 

 

   

 

     

 

 

Tarikh Input: 27/09/2022 | Kemaskini: 27/09/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETQAR~