Lawatan Penanda Aras Bahagian Penjaminan Kualiti, UMT Ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Bahagian Penjaminan Kualiti, UMT ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM

Lawatan Penanda Aras Bahagian Penjaminan Kualiti, UMT ke Pusat Jaminan Kualiti, UPM

 

28 Mac 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 2.30 petang tadi, bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Aras 5, Bangunan Pejabat TNCPI pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menerima pelawat dari Bahagian Penjaminan Kualiti, Universiti Malaysia Terengganu.  Delegasi seramai 8 orang telah hadir pada hari kejadian.  Sesi taklimat diberikan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Jaminan Kualiti, UPM dan Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, UPM.    Rombongan tersebut terdiri daripada kalangan pengurusan dan sokongan pusat tersebut yang diketuai oleh Dr. Nur Asma Ariffin, Ketua Penjaminan Kualiti, UMT. 

Objektif lawatan tersebut adalah untuk melihat Sistem Pengurusan Kualiti (ISO) yang digunapakai dan Pengurusan Dokumentasi ISO.  Selain itu melihat kaedah pemantauan dan pengukuran objektif kualiti ISO UPM.  Delegasi tersebut juga melihat proses, kaedah pengurusan risiko serta peluang dan pelaksanaan kajian kepuasan pelanggan.  Pertemuan singkat tersebut juga berkisar kepada perkongsian informasi antara dua (2) entiti Universiti Awam (UA) ini dilihat berjaya di samping terdapat sesi soal jawab sepanjang program yang digunakan secara baik oleh kedua-dua pihak.  Semoga lawatan seumpama ini dapat dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengembangkan ilmu dan kaedah yang digunapakai.

 

        

Tarikh Input: 28/05/2019 | Kemaskini: 28/05/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdWA6~