Bengkel Penilaian Risiko Bagi Peluasan Skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Bengkel Penilaian Risiko bagi Peluasan Skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

Bengkel Penilaian Risiko bagi Peluasan Skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

 

9 Februari 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti telah menganjurkan Bengkel Penilaian Risiko bagi Peluasan Skop Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Bengkel ini merupakan salah satu daripada program persediaan bagi proses peluasan skop ISMS pada tahun 2023.

Seramai 17 peserta hadir pada bengkel ini terdiri daripada ahli Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah yang merangkumi Sekolah Pengajian Siswazah, Pusat Antarabangsa, Pusat Kesihatan Universiti, Pejabat Bursar, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi dan UPM Kampus Bintulu.

Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan laporan penilaian risiko beserta pelan pemulihan risiko bagi Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Siswazah hasil penilaian terhadap aset ICT yang memberi impak kepada pelaksanaan ISMS berdasarkan Metadologi The Malaysian Public Sector Information Security Risk Assessment System (MyRAM). MyRAM digunakan untuk memastikan kesahihan maklumat dan aset Kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang efektif dan efisien bagi semua pelanggan.  Penilaian risiko merupakan satu kaedah untuk menentukan apakah ancaman-ancaman yang wujud untuk sesuatu aset dan tahap risiko yang berkaitan dengan ancaman tersebut. Penentuan tahap risiko menyediakan organisasi dengan maklumat yang diperlukan untuk memilih perlindungan-perlindungan dan langkah kawalan yang bersesuaian untuk mengurangkan risiko kepada satu tahap yang boleh diterima. Output proses penilaian risiko adalah input bagi proses membuat keputusan yang menetapkan sama ada menerima, mengurangkan, memindahkan atau mengelakkan risiko yang sudah dikenalpasti. Ini akan dilakukan dalam Selection of Controls (Pemilihan Kawalan) dan ditunjukkan dalam Risk Treatment Plan (RTP) (Pelan Pemulihan Risiko).

 

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 24/02/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEXQAP~