Audit Surveillance Swaakreditasi Oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Audit Surveillance Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Audit Surveillance Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


 

9 Ogos 2021, Serdang - Audit Surveillance Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) secara atas talian bagi mengenal pasti tahap kepatuhan UPM sebagai universiti berstatus Swaakreditasi melalui penilaian terhadap polisi dan 'Standard Operating Procedure' (SOP) proses akreditasi dalaman UPM.

Fokus audit adalah berkaitan penyenaraian program akademik UPM yang telah mendapat Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).

Penemuan audit ini akan dapat membantu UPM untuk lebih bersedia daripada aspek pengurusan data program akreditasi bagi menghadapi Audit Pengekalan Swaakreditasi yang dijangka akan diadakan pada tahun 2022.

Tarikh Input: 02/09/2021 | Kemaskini: 10/09/2021 | norliyani

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETKAe~