Audit Silang Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Audit Silang Amalan ekosistem Kondusif Sektor Awam

Audit Silang Amalan ekosistem Kondusif Sektor Awam

27 Ogos 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 9.00 Pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Jaminan Kualiti, Aras 4, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM telah berlangsung Audit Silang Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi Pusat Jaminan Kualiti (CQA).  Audit Silang EKSA pada kali ini melibatkan seorang juruaudit sahaja iaitu Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM.  Audit Silang EKSA oleh penilai luar PTJ dilaksana sebagai memenuhi syarat penyertaan bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2019 dan pemarkahan dari hasil audit yang dinilai akan diambil kira bagi melayakkan PTJ Anugerah Amalan Kualiti Tempat Kerja (5S/EKSA).

Taklimat awal telah diberikan oleh Encik Mustaffa Dollah kepada juruaudit yang terlibat bagi memastikan kelancaran semasa sesi audit lapangan.  Audit yang berlangsung selama 3 jam tersebut menerima komentar yang positif daripada juruaudit serta terdapat beberapa ruang yang boleh ditambahbaik.  Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga CQA yang terlibat dan bekerjasama semasa sesi audit tersebut tersebut.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEUDAt~