Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001:2015 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001:2015

Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001:2015

12 Sept 2018, Serdang - Universiti Putra Malaysia terus komited dalam memastikan semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga universiti dan pelanggan berada pada tahap baik. Bermula 12 September 2018 (Rabu) ini, satu Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001:2015 akan dijalankan oleh SIRIM. Audit pada kali ini akan dijalankan selama tiga (3) hari dan dijangka tamat pada 14 September 2018 (Jumaat) nanti. Berikut adalah senarai PTJ terpilih untuk diaudit:
  1. Pusat Jaminan Kualiti 
  2. Pejabat Penasihat Undang-Undang 
  3. UPM Kampus Bintulu
  4. Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 
  5. Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi 
  6. Pejabat Pendaftar 
  7. Pejabat Bursar
  8. Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
  9. Taman Pertanian Universiti
  10. Pusat Asasi Sains Pertanian
  11. Fakulti Perubatan Veterinar 
  12. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 
  13. Fakulti Pertanian
  14. Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina

Tarikh Input: 12/09/2018 | Kemaskini: 12/09/2018 | naszroul

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETNAF~